Encik Aznan Abdul Aziz
Pengarah silih ganti kepada Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour
Dilantik ke jawatan berkuat kuasa dari:Mei 2025
Kelayakan:
- Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perkakaunan, University of Bristol, United Kingdom.
Kemahiran, Pengalaman dan Kepakaran:Encik Aznan Abdul Aziz merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertanggungjawab ke atas penyeliaan dan pengawalseliaan sektor kewangan. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan sepanjang 21 tahun perkhidmatan beliau di BNM, termasuk Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Pejabat Gabenor, Perbankan Islam dan Takaful, Pembangunan Sektor Kewangan, Unit Perisikan Kewangan serta Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan.
Encik Aznan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Penggerak Teknologi Kewangan, di mana beliau bertanggungjawab merangka strategi dan dasar pengawalseliaan bagi memudahkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan kewangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Besar di Danamodal Nasional Berhad, syarikat bertujuan khas yang ditubuhkan untuk mempermodalkan semula institusi kewangan yang bermasalah semasa Krisis Kewangan Asia 1997.